Followers

Wednesday, May 16, 2012

Ini Apa ?

Ini lah projek seterusnya
(biarlah rahsia)


Kitab-Kitab Cinta - A. Ghaffar Bahari

Kembali aku mengenang cinta
suatu waktu pernah singgah di sini
namun sepantas itu juga ia berlalu
meninggalkan manis mimpi mimpi
gelora badai seluas lautan
pelayaran ini patah kemudi
menyendiri tanpa haluan

hanya deru angin berlalu
menghantar batas ombak 
berkejaran ke pantai silam
kulit kulit siput mereput
berselerakan sisa
bicara itu hilang 
tenggelam di pasir
terbuang 
besama tulang temulang

Kekasih kerinduanku 
malam ini 
dan untuk setiap waktu 
aku masih teringat padamu
bagai simpul rasa 
yang semakin terbuku
terlalu sukar untuk di huraikan
yang tinggal hanya kesakitan
menular wabak tambah menyiksa
penuh derita sengsara
bilakah mungkin
kita dapat bersua 
bersama bersandaran

di malam kelam tercari cari 
indah warna yang dulu
membuka kembali 
helaian helaian lama
berasap dupa
melukis aku di kesamaran 
menulis aku di kitab kitab cinta
pasrah pada ketentuan Ilahi
di sini aku hanya memujuk diri
bertawar azimat
mengubat luka
berjampi puisi.


Karya: A. Ghafar Bahari ( Gopa )

Tuesday, May 15, 2012

semak nyer




Semaknya disekeliling PundungKu
Tiada kesempatan untuk panggil sesiapa menebas semak samun itu








Kalau yang ini, mampulah aku buat sendiri




(gaya jer yang lebih, 3 kali pepah pun, pokok senduduk belom putus .... )




... dah nak siap dah ...

... akhirnya projek ni dah nak siap ....
(walaupun belum siap lagi sebenarnya)







Tiada komen, sbb kami tidak melabelkan projek ini sebagai projek "urgent"