Followers

Thursday, December 23, 2010

Ku Pinjam Puisimu buat menghias blog ini, terima kasih.

Burung Malam

Akulah burung burung putih itu
yang beterbangan meredah malam
mencari pagi cerah

kuhela penat lelah ini
kutaburkan kata kata
penuh kedukaan
di bawah sayapku yang luka

aku meredah kesakitan
aku mencari mimpi indah dulu
dalam igau tidurmu
yang tidak pernah menjanjikan istana

kini aku hanya lah burung yang hitam
oleh gelap suasana
dan terbangku tidak pernah di lihat sesiapa.

No comments:

Post a Comment