( Kredit to Mr. Kelompen - puisi ini dari En. Man Kelompen, FB Kome Orang Sanggang )
segaris kerut di dahi adalah raut lampau pengalaman bergelut perit bermandi peluh meniti hidup yang jauh.. urat urat kasar di lengan adalah jenuh sengsara akal fikir rentetan payah yang bersambung mengheret jerih sebyah perjalanan.. tangan tangan inilah yang memapah mengajarku bertatih sebelum berlari mengajarku duduk ...sebelum berlunjur ayatnya mudah, bahasanya bermadah tegurnya mengingatkan leka tuturnya setenang rasa.. dialah wanita pertama hampir erat memeluk tatkala aku rebah mengesat airnata ketika duka hadir keluhan dalam mu menyimpan resah menakung derita meniti usia.. bonda, cintamu terlalu agung sayangmu tanpa penghujung tiada mampu kubalas jasa biarpun kusimpan hajat sepanjang hayat..
kelompen 1332@pahangfm ..salam seme rodong, sempena ari ibu, kenangan mok kite hak yg dah pegi al fatehah, hak yg ande lagi , gembirakanlah hati dia, mok kita...koi sebok ngat.
Ibu ..... anak mu ini sekian lama berusaha keras untuk impian yang satu ini namun belum terlaksana
Tuhan ..... pinjamkan sadikit masa lagi sadikit kudrat sadikit rahmatmu sebelum mataku tertutup untuk melihat ia tersenyum puas didakapan ku diPundungKu
Ibu ... maafkan anakmu ini kerana pada Hari Ibu tahun ini anakmu belum berjaya menawan puncak impian sebagai hadiah untuk mu