Followers

Friday, December 31, 2010

Janji mu

Detik ini
janji yang belum dikota
entah bila
semakin kelam
hilang
berbayang

Thursday, December 23, 2010

Rindu-rinduan



Aku dan PundungKu
bagai sepasang kekasih
rindu rinduan

Ku Pinjam Puisimu buat menghias blog ini, terima kasih.

Burung Malam

Akulah burung burung putih itu
yang beterbangan meredah malam
mencari pagi cerah

kuhela penat lelah ini
kutaburkan kata kata
penuh kedukaan
di bawah sayapku yang luka

aku meredah kesakitan
aku mencari mimpi indah dulu
dalam igau tidurmu
yang tidak pernah menjanjikan istana

kini aku hanya lah burung yang hitam
oleh gelap suasana
dan terbangku tidak pernah di lihat sesiapa.

Monday, December 20, 2010

Malam Hitam




Pundung ku waktu malam




malam yang hitam
kelam
suram
tapi aku masih berimpian
lihat ....... masih ada cahaya disana
cahaya dari PundungKu


Jemu ????? Oh no no no no


kadang-kadang jemu dah mula nak bertunas,
tapi cepat-cepat kurundas tunas itu
........................
2009 - ulang alik JB -Temerloh- hampir setiap bulan,
2010- patut dah menetap di PundungKu, tapi masih ulang alik
2011 - nampak macam tiada perubahan
Oh Tuhan
berilah aku sadikit lagi kesabaran, sadikit kekuatan dan kesihatan
untuk merelisasikan impian ini
... amin ...

Thursday, December 9, 2010

tanpa topik

Senyum, tak perlu kata apa-apa
senyum, tak perlu kata apa-apa
senyum, tak perlu kata apa-apa

bagitu senikata sebuah lagu (maaf dah tak ingat lagu apa)




Wednesday, December 1, 2010

Rindu ku

11 bulan
pundung ku sendirian
menggamit rindu
suatu penantian
entah bila
dalam menuntut janji
yang tetiba dinafikan





Monday, November 15, 2010

Kita Merancang, Tuhan Menentukan


Kalau ikut perancangan, kami dah lama menetap di Pundungku.
Impian belum menjadi kenyataan sepenuhnya.
Bersabarlah

Kawasan dah semak balik, sesekali balik tak sempat nak tebas

Terkejut betul, dah ada anai-anai pula


Apa pun, aku masih tidak putus asa
berusaha dan berdoa sungguh-sunggug
agar impian menjadi nyata


Thursday, October 7, 2010

Pundung Oh Pundung

Pundung Oh Pundung
Bila kau nak meriah
bagaimana ku nak meriah, mokde tak nak balik betul

oh mokde oh mokde kenapa tak nak balik betul
bagaimana nak balik betul, banyok sangat hel

oh hel oh hel, ngapa banyak sangat hel
.
.
.
.
.
.
tiada jawapan ....


hari ini ada 2 orang saja di pundung



Monday, September 13, 2010

Aidil Fitri Di PundungKu

Tahun ini berhari raya di Pundungku, seronok hingga terlupa untuk ambil gambar tetamu. Ini saja gambar-gambar yang ada.






Kerbau-kerbau pun tidak melepaskan peluang untuk masuk
kekawasan PundungKu yang semak.

Wednesday, June 16, 2010

Tetamu

Meriahnya PundungKu menerima kunjungan Mertua Anja.

ibuku bersama anak, menantu, cucu dan besannya

Turut serta saudara mara dan jiran tetangga.



Jemput makan





Makanan: Yah M.Lias

Tetamu pulang
pundung ku sepi semula
satu mangkok, satu cawan, satu kerusi
(mee kari dan kopi radix)
Alhamdulillah
masih mampu senyum


Friday, May 21, 2010

Haj Talbiah.wmv

tetiba terasa rindu pula


Indah Nya Pemandangan

indahnya pemandangan
lambaian kampong halaman

Monday, May 10, 2010

Ku Pinjam Barisan Puisi Mu


( Kredit to Mr. Kelompen - puisi ini dari En. Man Kelompen, FB Kome Orang Sanggang )

segaris kerut di dahi
adalah raut lampau pengalaman
bergelut perit bermandi peluh
meniti hidup yang jauh..
urat urat kasar di lengan
adalah jenuh sengsara akal fikir
rentetan payah yang bersambung
mengheret jerih sebyah perjalanan..
tangan tangan inilah yang memapah
mengajarku bertatih sebelum berlari
mengajarku duduk ...sebelum berlunjur
ayatnya mudah, bahasanya bermadah
tegurnya mengingatkan leka
tuturnya setenang rasa..
dialah wanita pertama hampir
erat memeluk tatkala aku rebah
mengesat airnata ketika duka hadir
keluhan dalam mu menyimpan resah
menakung derita meniti usia..
bonda,
cintamu terlalu agung
sayangmu tanpa penghujung
tiada mampu kubalas jasa
biarpun kusimpan hajat
sepanjang hayat..

kelompen 1332@pahangfm
..salam seme rodong, sempena ari ibu, kenangan mok kite hak yg dah pegi al fatehah, hak yg ande lagi , gembirakanlah hati dia, mok kita...koi sebok ngat.

Hari Ibu Tahun Ini



Ibu .....
anak mu ini
sekian lama berusaha keras
untuk impian yang satu ini
namun belum terlaksana

Tuhan .....
pinjamkan sadikit masa lagi
sadikit kudrat
sadikit rahmatmu
sebelum mataku tertutup
untuk melihat ia tersenyum puas didakapan ku
diPundungKu

Ibu ...
maafkan anakmu ini
kerana pada Hari Ibu tahun ini
anakmu belum berjaya
menawan puncak impian
sebagai hadiah untuk mu

Ibuku dan anakku


Wednesday, May 5, 2010

Kekabu

Beberapa bulan dahulu, hijau bergantungan didahan tinggi


kini memutih menghiasi pohon hijau




dan diatas tanah



Aku dengan segumpal kekabu


sehari segumpal kekabu
lama-lama sebiji bantal
gambar ikhsan en. googles

Friday, April 2, 2010

Rindu

Tetiba terasa rindu kepada kepada mereka
yang selalu riuhkan Pundungku

mereka sedang belajar menjadi perancang "landskap"

Semuga kerjasama & keakraban terjalain selamanya

Sama-sama merasa

Sesama mereka

Sama-sama bercita-cita tinggi

berlandaskan Ilahi

Semuga Selamat Dunia & Akhirat
Amin


Tuesday, March 23, 2010

Tak mau bagini


disini, tika ini
cuma satu kerusi
satu pinggan
satu cawan
tak mau bagini

Pundung Ku Sunyi


Pundung Ku Sepi
cuma sendirian
menunggu kemeriahan yang entah bila
mengotakan janji
dan sebuah harapan

ada rantai yang mengikat
ada ikatan yang tersimpul
tapi panggilan ini
buat aku gundah

.......

aku terus berdoa
agar ikatan tersimpul erat
dan kata dikota


Friday, February 5, 2010

Nostalgia Pundung Ku 9

Nak tebas semua, tapi tak larat dah